Your Trusted
Real Estate Partner in
Pakistan

homeDescription

Terokai

Agency hartanah penyelesaian sehenti

Latar Belakang

Agensi Hartanah PropTech Berprestij

Video thumbnail

IQI melangkaui agensi hartanah biasa

Dengan lebih 30+ negara dan 50,000+ perunding hartanah, kami mempunyai keunikkan yang boleh melangkaui agensi hartanah global yang lain, ini membuat ejen kami melebarkan sayap jualan ke peringkat antarabangsa.

buah negara

Ejen

Perumahan

  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award
  • IQI Award

AI-Powered App for Agents on the Go

Introducing IQI Atlas SuperApp and IQPilot. Your proprietary AI duo built to manage leads, sales, earnings and every step of your real estate journey, anytime, anywhere.

app-mockup

Semua dalam satu

Menyatukan anda ke peringkat dunia

Labur dengan kami

Melabur dalam platform antarabangsa dengan jumlah 6 juta hartanah global di 111 negara

Labur dengan kami

Iklan Bersama Kami!

Hebahkan hartanah anda ke pasaran antarabangsa dengan lebih efisien dan peroleh pulangan yang lumayan dengan menggunakan data pembeli kami.

Advertise your property

Testimoni

Dengarkan dari ejen hartanah kami

  • Kelvin Liew

    Pembeli

    I'm incredibly grateful to Venus for her exceptional help in renting out my unit. Her dedication and expertise made the process smooth and efficient, securing tenants in less than a month. Looking forward to working with you again next year.

  • Jaya Prabu

    Pembeli

    Venus was fantastic in explaining all the details of the house that met our requirements. She patiently answered all my questions and addressed any potential risks associated with the property. Venus was incredibly accommodating with scheduling viewings, even arranging two viewings on the same day. I'm grateful to have worked with her on this successful purchase. Thank you so much.

  • Anonymous

    Pembeli

    I had a fantastic renting experience with ABBY as my agent. He provided professional service, presented ideal property options, and guided me through the rental process seamlessly. ABB's responsibility and prompt assistance made the experience delightful. I highly recommend him and extend my thanks for his outstanding service

  • Farah Liyana

    Pembeli

    Working with Joyce Tiong was exceptional. Her prompt responsiveness, valuable guidance, and proactive approach ensured a smooth rental experience. Joyce's outstanding service made my search for a property along Jalan Ampang hassle-free and enjoyable.

  • Anonymous

    Pembeli

    真的很感谢venus在一天之内就介绍屋子给我, 解决了我紧急租屋子的问题。接下来不到两个星期又帮我解决了买屋子的问题。感恩有你这个贵人, 以后有亲朋戚友要买卖房地产, 我一定会介绍给iqi venus wan.

  • 吴楠

    Pembeli

    尊敬的先生/女士: 你好! 我叫吴楠。10月份, 在贵司员工Sally Han (REN 08595) 和Andre Lim的帮助下, 我们租到了很满意的房子。他们俩很善良并且有耐心, 工作态度认真严谨, 热情积极地为我们提供服务和帮助, 让我们这些来自中国的留学生很感动。他们的实际行动体现了贵司员工的优良职业操守, 我们对此表示真挚的感谢! 祝 贵司客源滚滚 生意昌隆!

Pelajari

Tips dan panduan

Harga Sewa Rumah Malaysia Stabil, Ringankan Kos Sara Hidup Harga Sewa Rumah Malaysia Stabil, Ringankan Kos Sara Hidup

Harga sewa rumah di Malaysia menunjukkan trend penurunan yang sederhana, sekali gus memberi kelegaan kepada penyewa dalam mendepani tekanan kos sara hidup.Berdasarkan laporan pasaran, kadar sewa kediaman mencatatkan penurunan sekitar 2.1% pada suku pertama 2025, berbanding suku sebelumnya.Kestabilan ini memberikan kelegaan kepada penyewa, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, menjelaskan bahawa perkembangan ini membuka ruang untuk rakyat Malaysia mengurus kewangan dengan lebih baik serta memperbaiki tahap kesejahteraan hidup bandar.Keadaan ini memberi kelegaan kepada penyewa dan boleh membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup...Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQILaporan turut menyebut bahawa kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor mencatat penurunan sewa antara 1.7% hingga 2.5%, dengan pasaran kini menunjukkan lebih banyak unit kediaman baharu memasuki senarai.Dalam tempoh yang sama, permintaan untuk sewa rumah kekal sederhana susulan perubahan keutamaan pengguna dan pertumbuhan sektor perumahan mampu milik.Walaupun penurunan ini mencerminkan penyesuaian pasaran, ia juga membuka peluang baharu kepada pemilik dan pelabur hartanah.Dalam pasaran yang lebih kompetitif, pelabur digalakkan untuk menilai semula strategi penawaran mereka termasuk dari segi kemudahan, lokasi dan harga.Sebagai firma hartanah global yang berpangkalan di Malaysia, Juwai IQI komited untuk terus memantau tren semasa dan menyediakan panduan kepada pelabur dan penyewa berdasarkan data pasaran yang kukuh.Dengan rangkaian ejen profesional di lebih 20 negara, IQI sedia membantu pengguna menavigasi peluang hartanah dengan lebih yakin dan bijak.Juwai IQI telah dipaparkan dalam Utusan Malaysia dan Dagang News.Dapatkan pandangan mendalam tentang trend pasaran hartanah, baik di peringkat global mahupun tempatan. Ikuti ulasan dan analisis eksklusif daripada pakar-pakar Juwai IQI.Untuk maklumat lebih

Continue Reading

Kenapa Ramai Tukar Rumah Kampung Mereka Jadi Airbnb? Kenapa Ramai Tukar Rumah Kampung Mereka Jadi Airbnb?

Last update: [current_date]Di celah-celah rimbunan pohon mangga dan di hujung hamparan sawah padi yang menguning, satu revolusi senyap sedang berlaku.  Rumah-rumah kampung yang dahulunya hanya meriah setahun sekali semasa musim perayaan, atau dibiarkan usang dimamah zaman, kini mendapat nafas baharu.  Dinding kayunya yang menjadi saksi bisu kepada lipatan sejarah keluarga kini dibuka untuk dunia, bertukar wajah menjadi destinasi percutian idaman di platform digital seperti Airbnb. Fenomena ini bukan sekadar trend, tetapi satu tindak balas pintar terhadap pertembungan sempurna antara desakan ekonomi, perubahan citarasa pelancong, dan kuasa teknologi.Mari kita selami faktor-faktor yang mendorong transformasi menakjubkan ini.Dari Warisan ke Pendapatan:1. Bagaimana Rumah Kampung Menjadi Sumber Pendapatan Melalui Airbnb 2. Fleksibiliti Sewa Airbnb3. Trend Pelancong Cari Suasana Kampung4. Kesan Ekonomi Airbnb di Kawasan Luar Bandar 5. Platform Digital Ubah Rumah Kampung Jadi Pendapatan Soalan Lazim (FAQ)1. Bagaimana Rumah Kampung Menjadi Sumber Pendapatan Melalui Airbnb Nadi kepada revolusi ini adalah faktor ekonomi. Dalam era kos sara hidup yang kian mendesak, ramai yang mencari jalan untuk menambah pendapatan.  Rumah kampung yang dahulunya dianggap "aset terbiar" (underutilized property) kini dilihat sebagai permata tersembunyi. Faktanya, satu tinjauan oleh Airbnb mendapati bahawa 82% rakyat Malaysia bersetuju platform sewaan jangka pendek membantu penduduk tempatan menjana pendapatan tambahan.  Ini membuktikan bahawa rumah kampung bukan lagi sekadar tinggalan lama, tetapi peluang baharu dalam ekonomi digital. Platform Airbnb membolehkan pemilik memanfaatkan aset ini dengan potensi pulangan yang jauh lebih tinggi berbanding sewaan jangka panjang tradisional.  Sebuah rumah yang mungkin hanya disewa RM500 sebulan kini boleh menjana jumlah yang sama atau lebih dalam tempoh beberapa hari sahaja, terutama pada hujung minggu atau cuti umum. Bagi kebanyakan pemilik, ia bukan sekadar keuntungan. Pendapatan ini menjadi "talian hayat" yang membolehkan mereka membiayai kos penyelenggaraan rumah pusaka yang tinggi.  Setiap tempahan daripada tetamu adalah dana untuk membaiki atap yang bocor, menggantikan papan yang reput, atau mengecat semula dinding yang kusam, memastikan warisan keluarga terus gagah berdiri untuk generasi akan datang. Fakta Menarik: Transformasi Nilai: Aset yang dahulunya bernilai sifar atau negatif (kerana kos penyelenggaraan) kini boleh menjana pendapatan empat hingga lima angka sebulan pada musim puncak. Pulangan Pantas: Pendapatan dari satu tempahan hujung minggu sahaja kadangkala sudah cukup untuk menampung kos utiliti atau cukai tahunan untuk hartanah tersebut. Penyelenggaraan Proaktif: Dana yang ada membolehkan pemilik bukan sekadar membaiki kerosakan, tetapi juga menaik taraf kemudahan seperti menambah pendingin hawa atau membina tandas moden tanpa merosakkan struktur asal. 2. Fleksibiliti Sewa AirbnbJika sewa jangka panjang ibarat menyerahkan kunci rumah kepada orang lain, Airbnb pula meletakkan kuasa penuh di tangan pemilik.Lebih penting lagi, mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap penggunaan hartanah.  Ingin pulang berkumpul bersama keluarga besar semasa Hari Raya? Tiada masalah. Hanya sekat tarikh tersebut pada kalendar tempahan.  Inilah kelebihan terbesar yang menjadikan Airbnb pilihan ideal: ia membolehkan pemilik menjana pendapatan tanpa mengorbankan hak untuk menikmati rumah warisan mereka sendiri. Di Sebalik Tabir Fleksibiliti: Anda Pilih Tetamu Anda: Sistem profil dan ulasan membolehkan pemilik menapis dan memilih tetamu yang dipercayai untuk menginap di rumah kesayangan mereka. Strategi Harga Pintar: Anda boleh menawarkan "diskaun hari Isnin" untuk menarik pekerja nomad digital atau pakej khas untuk percutian keluarga semasa cuti sekolah. Bukan Sekadar Raya: Selain perayaan, pemilik sering menyekat tarikh untuk kegunaan peribadi seperti kenduri kahwin, majlis doa selamat, atau sekadar percutian hujung minggu untuk lari dari kesibukan kota. 3. Trend Pelancong Cari Suasana KampungCara kita melancong telah berubah. Pelancong moden, terutamanya generasi muda, tidak lagi sekadar mencari katil yang selesa dan bilik berhawa dingin.  Mereka dahagakan sesuatu yang lebih "pengalaman tulen" (authentic experience).  Mereka mahu melarikan diri dari kesibukan konkrit bandar dan menyelami ketenangan hidup desa. Di sinilah rumah kampung menjadi bintang.  Ia menawarkan sesuatu yang tidak boleh ditiru oleh hotel lima bintang iaitu jiwa.  Peluang untuk bangun pagi mendengar kokokan ayam, bersarapan nasi lemak bungkus daun pisang di anjung rumah, dan menghirup udara segar sambil melihat embun pagi di dedaun.  Pengalaman-pengalaman kecil inilah yang dicari dan dihargai.  Tambahan pula, setiap sudut rumah kampung yang estetik—dari ukiran kayu lama hingga ke perabot antik—menjadi latar "Instagrammable" yang sempurna, memberikan pemasaran percuma yang meluas apabila dikongsi oleh tetamu. Malah, fenomena ini turut diketengahkan dalam artikel memperkasa destinasi pelancongan domestik oleh Media Permata.Menyentuh tentang bagaimana pelancong di rantau ini kini lebih menghargai destinasi tersembunyi dan warisan budaya tempatan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan mereka. Apa Sebenarnya "Pengalaman Tulen" yang Dicari? Aktiviti Unik: Memetik buah rambutan terus dari pokok, belajar menganyam ketupat daripada tuan rumah, mandi di sungai jernih, atau melihat proses menoreh getah. Pemandangan Tak Ternilai: Bukan lagi pemandangan bandar, tetapi hamparan sawah padi, dusun buah-buahan, atau beranda rumah yang menghadap bukit-bukau. Potensi "Instagram-Worthy": Tempat paling popular untuk bergambar? Selalunya di buaian rotan di anjung, di tingkap kayu klasik, atau di sebelah tempayan air lama di luar rumah.4. Kesan Ekonomi Airbnb di Kawasan Luar Bandar Kesan positif trend ini melimpah jauh melepasi pagar rumah pemilik.  Setiap pelancong yang menginap membawa bersama mereka kuasa perbelanjaan yang menyuntik kehidupan ke dalam ekonomi setempat.  Mereka akan membeli-belah di kedai runcit Pak Samad, makan tengah hari di warung Mak Kiah, membeli buah durian dari kebun Pak Ali, dan mungkin membayar seorang remaja kampung untuk membawa mereka memancing di sungai. Ini mewujudkan "kesan limpahan" atau ekosistem ekonomi mikro yang sihat.  Ia bukan sahaja memberi pendapatan kepada pemilik Airbnb, tetapi turut membuka peluang pekerjaan kecil kepada penduduk sekitar—sebagai tukang cuci, penyedia makanan, atau pemandu pelancong.  Secara tidak langsung, setiap rumah Airbnb di kampung menjadi enjin kecil yang menjana ekonomi komuniti. Rantaian Ekonomi Kampung: Peluang Perniagaan Baru: Ramai suri rumah tempatan kini menawarkan perkhidmatan katering sarapan atau makan malam (masakan asli kampung) terus ke rumah penginapan. Kerjasama Komuniti: Pemilik Airbnb sering bekerjasama dengan pengusaha aktiviti tempatan (sewa basikal, lawatan kebun) dan memberikan komisen, mewujudkan jaringan perniagaan yang saling menguntungkan. Promosi Produk Tempatan: Sesetengah pemilik menyediakan "bakul selamat datang" yang berisi produk tempatan seperti kerepek ubi, dodol, atau kuih bahulu, secara tidak langsung mempromosikan hasil IKS kampung tersebut. 5. Platform Digital Ubah Rumah Kampung Jadi Pendapatan Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya jambatan digital yang disediakan oleh platform teknologi.  Airbnb, Agoda, dan seumpamanya telah mendemokrasikan industri hospitaliti.  Mereka menyediakan set lengkap alatan daripada sistem tempahan, gerbang pembayaran selamat, platform komunikasi, sehinggalah sistem ulasan yang membina kepercayaan —semuanya di hujung jari. Halangan teknikal untuk memulakan perniagaan penginapan hampir tiada lagi.  Sesiapa sahaja, sama ada seorang profesional IT di Kuala Lumpur yang menguruskan rumah pusaka ibunya di Kedah, atau pesara guru di Terengganu, boleh menyenaraikan hartanah mereka dan menjangkau pasaran global dengan mudah.  Teknologi telah menjadi pemangkin yang membolehkan impian ini menjadi kenyataan. Kuasa di Hujung Jari: Pemasaran Sifar Kos: Anda tidak perlu membina laman web atau mencetak risalah. Profil Airbnb anda adalah etalase digital anda, lengkap dengan gambar dan ulasan. Pengurusan Tanpa Kerumitan: Kalendar tempahan dikemas kini secara automatik, dan sistem pembayaran bersepadu menghapuskan risiko bayaran tidak diterima. Membina Kepercayaan: Sistem ulasan dua hala (tuan rumah mengulas tetamu, dan sebaliknya) mewujudkan satu persekitaran yang lebih selamat dan telus untuk semua.Fenomena menukarkan rumah kampung menjadi Airbnb adalah lebih daripada sekadar trend ekonomi.  Ia adalah manifestasi bagaimana inovasi boleh bertemu dengan tradisi. Ia adalah satu cara kreatif untuk memastikan warisan tidak mati, budaya terus diraikan, dan komuniti luar bandar diberi kuasa secara ekonomi.  Melalui setiap penginapan, satu cerita baharu ditenun, di mana masa lalu dan masa kini Malaysia bertemu, membuktikan bahawa aset paling berharga kita mungkin tersimpan di halaman rumah kita sendiri, menunggu untuk diterokai. Soalan Lazim (FAQ)1. Kenapa ramai pemilik rumah kampung pilih Airbnb berbanding sewa panjang? Airbnb beri pendapatan lebih tinggi, fleksibiliti tarik-tarik sewaan, dan masih boleh guna rumah bila perlu.2. Rumah kampung betul-betul laku ke untuk pelancong? Ya, pelancong sekarang cari pengalaman asli dan suasana desa — rumah kampung jadi pilihan unik dan menarik.3. Perlu daftar syarikat ke untuk sewakan rumah di Airbnb? Tidak wajib. Anda boleh mula sebagai individu, selagi ikut garis panduan tempatan dan daftar cukai yang relevan.4. Modal besar tak kalau nak ubah suai rumah kampung jadi Airbnb? Tak semestinya. Fokus pada kebersihan, keselesaan asas, dan sentuhan tempatan — itu sudah cukup menarik.5. Adakah trend ini bantu ekonomi kampung? Ya! Ia jana pendapatan tambahan untuk jiran-jiran, peniaga kecil dan komuniti sekeliling.6. Kalau saya duduk jauh, boleh ke masih urus rumah kampung di Airbnb? Boleh. Teknologi bantu urus semuanya dari jauh — tempahan, bayaran, dan komunikasi tetamu boleh guna telefon saja.Rumah kampung anda boleh jadi pelaburan terbaik anda! Dapatkan panduan profesional dari IQI Global dan ketahui cara menjadikan rumah desa anda menarik untuk pelancong moden.[custom_blog_recruit_form]Baca Selanjutnya:Nak Ubah Suai Rumah? Tengok 5 Tips Ini Dulu!Gaji RM3K? Patutkah Anda Beli atau Sewa Rumah?7 Trend Rumah Pintar Terbaik 2025 Untuk Kehidupan Moden Anda

Continue Reading

Meneroka Peluang Pelaburan Global: IQI Kini di Sardinia Meneroka Peluang Pelaburan Global: IQI Kini di Sardinia

Versi: CN, ENIQI, rangkaian agensi hartanah global di bawah kumpulan Juwai IQI, hari ini mengumumkan pelancaran IQI Sardinia, pejabat terbaharu yang menandakan pengukuhan operasi di Itali dan kemasukan rasmi ke pasaran hartanah mewah Mediterranean. Pejabat ini akan berpusat di kawasan ikonik Costa Smeralda, destinasi eksklusif pilihan pembeli kediaman mewah antarabangsa.Langkah ini sejajar dengan strategi IQI untuk memperkukuh kehadiran dalam pasaran rentas sempadan bernilai tinggi. Sardinia kini diiktiraf sebagai salah satu destinasi dengan pertumbuhan paling pantas di Eropah, dengan harga rumah mewah meningkat 18% pada tahun 2023, manakala kadar sewaan telah berganda berbanding sebelum pandemik. Pada tahun 2024 sahaja, permintaan hartanah dari pembeli antarabangsa meningkat lebih 60%, terutamanya dari Jerman, Amerika Syarikat dan Eropah Utara.Menurut Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Sardinia merupakan lokasi strategik yang mampu membuka peluang pelaburan baharu untuk pasaran Asia dan Timur Tengah.“Sardinia memberikan kami kehadiran terus di salah satu pasaran paling eksklusif di Eropah,” katanya.Pejabat ini mengukuhkan keupayaan kami untuk membantu pelabur global mendapatkan hartanah utama, terutamanya kediaman kedua dan pelaburan jangka panjang...Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQIIQI Sardinia ditubuhkan melalui kerjasama bersama agensi tempatan Immobiliare Sarda, yang berpengalaman luas dalam pasaran hartanah mewah pulau tersebut. Usaha ini akan menggabungkan kepakaran tempatan dengan teknologi global IQI — termasuk sistem penjanaan prospek berkuasa AI, platform pemasaran antarabangsa, serta akses kepada rangkaian lebih 53,000 ejen di lebih 35 negara.Daniel Ho, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI, menjelaskan bahawa Sardinia kini menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia.Pasaran ini bukan sahaja stabil, tetapi juga berpotensi tinggi. Costa Smeralda khususnya, menjadi tumpuan pelabur berprofil tinggi yang mencari kediaman kedua yang eksklusif...Daniel Ho, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI“Kami yakin IQI mampu memperkenalkan pasaran ini kepada pembeli dari Asia yang sedang mencari peluang luar dari destinasi tradisional.” katanya lagi.Pasukan pengurusan IQI Sardinia juga komited untuk menyediakan pengalaman menyeluruh kepada pembeli antarabangsa.Kami menyertai IQI kerana ingin menawarkan perkhidmatan bertaraf global kepada pelanggan kami,” ujar Mattana, Ketua Pegawai Operasi IQI Sardinia.Gabungan rangkaian global, jenama yang dipercayai dan strategi pemasaran berasaskan teknologi akan membantu kami menjangkau khalayak lebih luas dan memberi nilai tambah kepada penjual...Mattana, Ketua Pegawai Operasi IQI SardiniaDengan pelancaran IQI Sardinia, IQI terus membuktikan komitmennya untuk menjadi peneraju dalam pasaran hartanah mewah global. Sekaligus membuka lebih banyak pintu peluang pelaburan rentas sempadan untuk pembeli dan pemilik hartanah di seluruh dunia.Pada tahun 2023 sahaja, Juwai IQI telah menyempurnakan lebih 42,000 transaksi, memasarkan hartanah bernilai lebih US$4 trilion dari 111 negara, dan menjana lebih 10 juta interaksi bulanan melalui platform digitalnya seperti Juwai.com dan Juwai.Asia.Ingin memiliki kediaman kedua di destinasi mewah Eropah? Hubungi pasukan IQI Sardinia untuk panduan pakar, sokongan undang-undang, dan capaian kepada hartanah terpilih.[hubspot portal="5699703" id="c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33" version="" type="form"]Baca Selanjutnya:IQI Perkukuh Posisi di Bulgaria dengan Pejabat di Tiga Bandar UtamaIQI Indonesia Sambut Hengky Kurniawan Tandatangani MOU dengan PT Kerja Bersama BahagiaJuwai IQI Perluas Kehadiran di Thailand: IQI Pattaya Kini Dibuka

Continue Reading

9 Tips Simpan Duit Beli Rumah Tanpa Ikat Perut Sebelum Umur 30 9 Tips Simpan Duit Beli Rumah Tanpa Ikat Perut Sebelum Umur 30

Dikemaskini pada: [current_date]Versi: ENSudah bersedia untuk mulakan langkah besar dalam hidup? sebelum umur mencecah 30? Bayangkan... kawan seusia anda masih bergelut menyimpan untuk deposit, tetapi anda sudah berdiri di hadapan rumah milik sendiri.  Mustahil? Langsung tidak. Tapi jalannya tidak mudah... dan di sinilah semuanya bermula. Dalam artikel ini, anda akan temui strategi tersembunyi yang mampu ubah cara anda menabung, berbelanja, dan merancang masa depan — semua demi satu impian: rumah pertama anda.9 Panduan Simpan & Urus Duit Rumah Untuk Gen Z1. Cara Kira Bajet & Tetapkan Matlamat Beli Rumah2. Jejak Perbelanjaan & Kenal Pasti Pembaziran3. Cara Tambah Pendapatan Untuk Beli Rumah4. Kaedah Urus Belanja & Bebas Hutang Sebelum Beli Rumah5. Tips Simpan Duit Deposit Rumah Secara Konsisten 6. Panduan Pilih Rumah Mampu Milik & Lokasi Strategik 7. Skim Bantuan Kerajaan Untuk Pembeli Rumah Pertama 8. Kenapa Skor Kredit Penting Untuk Mohon Pinjaman Rumah9. Tips Disiplin & Ilmu Kewangan Untuk Beli Rumah Awal Soalan Lazim (FAQ)1. Cara Kira Bajet & Tetapkan Matlamat Beli RumahSebelum memulakan sebarang langkah penjimatan, anda perlu tahu apa yang anda sasarkan. Tanpa matlamat yang jelas, usaha anda akan menjadi kabur dan kurang bermotivasi. a) Definisikan Rumah Impian Anda: i. Jenis Hartanah Rumah impian anda boleh jadi sebuah studio kompak yang praktikal, kondominium bergaya dengan kemudahan moden, rumah teres mesra keluarga, atau rumah berkembar yang lebih luas. Apa jua pilihan, setiap jenis hartanah membawa bersamanya komitmen kewangan dan gaya hidup yang berbeza. ii. Lokasi Strategik Sudahkah anda fikirkan di mana lokasi rumah idaman anda? Pilih kawasan yang dekat dengan tempat kerja, mudah diakses, selamat dan mempunyai kemudahan asas.  Jangan lupa kaji potensi nilai hartanah di kawasan tersebut untuk pelaburan jangka panjang. b) Kira Anggaran Kos & Deposit: i. Harga Pasaran Setelah anda jelas dengan jenis dan lokasi rumah yang diinginkan, langkah seterusnya adalah mendapatkan anggaran harga semasa.  Anda boleh melakukannya dengan melayari portal hartanah seperti IQI Global atau EdgeProp, berunding dengan ejen hartanah berpengalaman, atau menghadiri pameran hartanah untuk melihat penawaran terkini di pasaran. ii. Bayaran Pendahuluan (Deposit) Secara amnya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah sebagai bayaran pendahuluan. Jika rumah berharga RM300,000, anda memerlukan RM30,000. iii. Kos Sampingan Lain Ini adalah bahagian yang sering diabaikan tetapi sangat penting. Anggarkan tambahan 5-7% daripada harga rumah untuk kos-kos seperti: Yuran Guaman Perjanjian Jual Beli (SPA): Untuk penyediaan dokumen sah jual beli. Yuran Guaman Perjanjian Pinjaman: Jika anda mengambil pinjaman. Duti Setem untuk Pindah Milik (MOT) & Perjanjian Pinjaman: Cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Terdapat pengecualian untuk pembeli rumah pertama bawah harga tertentu. Yuran Penilaian Hartanah: Untuk bank menilai nilai sebenar hartanah. Premium Insurans (MRTA/MLTA): Insurans perlindungan pinjaman. Dengan adanya angka-angka sasaran ini, anda boleh mengira berapa banyak yang perlu disimpan setiap bulan dan berapa lama tempoh yang diperlukan. 2. Jejak Perbelanjaan & Kenal Pasti PembaziranIni adalah langkah diagnostik kewangan peribadi anda. Anda tidak boleh mengurus apa yang anda tidak ukur. a) Proses Penjejakan Perbelanjaan: Aspek PenjejakanHuraian Ringkas Aplikasi/Alat CadanganTujuan/Manfaat 1. Kaedah Pilih kaedah yang paling sesuai dengan gaya hidup anda: sama ada secara digital, menggunakan spreadsheet, atau secara tradisional dengan menulis tangan. Aplikasi: Money Manager, Wallet by BudgetBakers, Spendee, YNAB (You Need A Budget)  Spreadsheet: Microsoft Excel, Google Sheets  Tradisional: Buku nota khusus, Jurnal kewangan Memudahkan anda pantau aliran wang dan kenal pasti tabiat berbelanja yang boleh diubah untuk lebih jimat. 2. Tempoh Lakukan penjejakan secara teliti untuk sekurang-kurangnya 1 – 2 bulan. Catatkan semua perbelanjaan, tidak kira jumlahnya. Tiada aplikasi khusus untuk tempoh, lebih kepada disiplin diri dan amalan berterusan dalam aplikasi/alat pilihan anda. Memberi anda gambaran sebenar perbelanjaan bulanan, termasuk kos tersembunyi, supaya bajet simpanan rumah lebih tepat dan berkesan. b) Analisis Terperinci: Keperluan Asas (Needs) vs. Kehendak (Wants): i. Keperluan Asas Perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan seperti bayaran sewa/ansuran rumah sedia ada, bil utiliti (air, elektrik), makanan asas, pengangkutan ke tempat kerja, dan pembayaran hutang komitmen. ii. Kehendak Perbelanjaan yang memberi keselesaan atau hiburan tetapi boleh dikurangkan atau dihapuskan.  Contohnya, makan di restoran mewah, langganan pelbagai platform penstriman, pembelian gajet terkini, percutian mahal, pakaian berjenama, atau hobi yang menelan belanja besar. c) Kenal Pasti 'Pembunuh Simpanan' (Financial Leaks)Setelah menjejak dan mengkategorikan, anda akan nampak dengan jelas ke mana wang anda banyak mengalir tanpa disedari.  Adakah ia perbelanjaan kecil tetapi kerap? seperti kopi harian dari kafe (RM10/hari = RM300/bulan)?  Atau perbelanjaan besar yang tidak dirancang?  Mengurangkan "pembunuh simpanan" ini akan memberi ruang yang signifikan untuk dana simpanan rumah.  Pertimbangkan prinsip 50/30/20:(50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak, 20% untuk simpanan/pelaburan) sebagai panduan awal, dan cuba tingkatkan peratusan simpanan.3. Cara Tambah Pendapatan Untuk Beli RumahHanya bergantung pada pemotongan perbelanjaan mungkin tidak mencukupi untuk mencapai matlamat simpanan rumah dengan cepat. Meningkatkan pendapatan akan memberi lonjakan besar. a) Memanfaatkan Kemahiran Sedia Ada (Kerja Sampingan): Platform Freelancing: Platform seperti Upwork, Fiverr atau laman tempatan sediakan peluang kerja bebas dalam penulisan, reka bentuk, penterjemahan, pemasaran digital dan banyak lagi. Ekonomi Gig (Gig Economy): Menjadi pemandu e-hailing (Grab), penghantar makanan/barangan (p-hailing), atau menawarkan perkhidmatan lain mengikut permintaan. Tuisyen atau Latihan: Jika anda mahir dalam subjek akademik atau kemahiran tertentu (muzik, seni, bahasa), tawarkan kelas tuisyen secara fizikal atau dalam talian. b) Menjana Pendapatan Daripada Aset atau Hobi:Jualan Dalam Talian: Sama ada hasil tangan sendiri atau jadi ejen dropship, platform seperti Shopee, Lazada dan media sosial boleh bantu anda mulakan bisnes online. Jual Barangan Terpakai: Jual pakaian, buku, gajet atau perabot lama yang masih elok. Selain tambah pendapatan, anda juga mula gaya hidup lebih minimalis. c) Kemajuan Kerjaya & Pelaburan Diri: Runding Kenaikan Gaji: Bila anda dah buktikan prestasi cemerlang kepada syarikat, beranikan diri membuat rundingan gaji secara bijak dan profesional. Tingkatkan Kemahiran (Upskilling/Reskilling): Luangkan masa untuk asah kemahiran yang sedang laku di pasaran, ia boleh membuka peluang kerjaya bergaji lebih tinggi. Jangan berhenti di sini, teruskan membaca! Mungkin hanya satu keputusan bijak memisahkan anda dengan kunci rumah pertama sebelum umur 30.4. Kaedah Urus Belanja & Bebas Hutang Sebelum Beli RumahTabiat kewangan yang sihat adalah tulang belakang kepada kejayaan anda memiliki rumah. Mengelakkan perangkap hutang adalah kritikal.a) Amalkan Perbelanjaan Berhemat & Elak Pembelian Impulsif: i. Peraturan 24 Jam/7 Hari Sebelum membuat pembelian besar yang bukan keperluan, beri diri anda tempoh bertenang (24 jam untuk barang kecil, 7 hari untuk barang besar).  Selalunya, keinginan itu akan reda (berdasarkan pengalaman peribadi).ii. Awas Skim "Beli Sekarang Bayar Kemudian" (BNPL) Walaupun nampak menarik, ia boleh menjadi perangkap hutang jika tidak diurus dengan bijak.Hanya guna jika anda pasti mampu membayar ansuran tanpa menjejaskan simpanan dan perbelanjaan penting lain. b) Urus & Selesaikan Hutang Sedia Ada (Terutamanya Hutang Jahat): i. Hutang Jahat vs. Hutang Baik: Hutang jahat adalah hutang konsumtif dengan kadar faedah tinggi (cth: hutang kad kredit, pinjaman peribadi untuk percutian).  Hutang baik pula adalah hutang yang boleh menjana nilai (cth: pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan). ii. Strategi Pembayaran Hutang: Utamakan pembayaran hutang dengan kadar faedah tertinggi dahulu (kaedah avalanche) atau hutang dengan baki terkecil dahulu untuk motivasi (kaedah snowball). iii. Kesan Hutang kepada Kelayakan Pinjaman Rumah: Bank akan menilai Nisbah Khidmat Hutang (DSR - Debt Service Ratio) anda, iaitu peratusan pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar semua komitmen hutang.  DSR yang tinggi akan menyukarkan anda mendapat kelulusan pinjaman perumahan. 5. Tips Simpan Duit Deposit Rumah Secara Konsisten Ini adalah tentang membina disiplin dan menjadikan simpanan sebagai satu tabiat automatik. Jenis Akaun/Strategi Huraian Ringkas Manfaat UtamaPrinsip "Bayar Diri Sendiri Dahulu" (Pay Yourself First) Utamakan simpanan rumah sebaik saja gaji masuk sebelum bayar bil atau sebarang perbelanjaan lain. Bantu anda kekal disiplin, konsisten menabung, dan elak sentuh simpanan untuk perkara yang bukan keutamaan. Akaun Simpanan Berasingan Buka akaun bank khusus untuk dana rumah sahaja. Pisahkan simpanan rumah dari duit belanja harian supaya anda tak mudah tergoda, dan lebih senang pantau perkembangan simpanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) / Amanah Saham Malaysia (ASM) Pilihan popular di Malaysia dengan pulangan dividen yang kompetitif dan risiko relatif rendah. Potensi pulangan yang baik, membantu pengembangan dana simpanan dengan risiko terkawal, dan boleh digunakan sebagai cagaran untuk pembiayaan ASB/ASM. Tabung Haji (TH) Pilihan patuh syariah untuk umat Islam dengan pulangan yang stabil. Bukan saja selamat dan patuh syariah, malah simpanan ini boleh membantu anda capai dua matlamat penting — beli rumah dan tunaikan haji. Simpanan Tetap (Fixed Deposit - FD) Menawarkan kadar faedah lebih tinggi daripada simpanan biasa untuk jangka masa tertentu. Simpanan selamat dengan pulangan tetap yang lebih baik daripada akaun biasa, ideal untuk bantu kumpul deposit rumah dalam tempoh terdekat. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i / SSPN-i Plus) Instrumen simpanan dengan pelepasan cukai dan perlindungan takaful. Walaupun direka untuk pendidikan, ia fleksibel sebagai simpanan, menawarkan insentif cukai dan boleh digunakan untuk deposit rumah jika belum ada komitmen pembelajaran. Automasi Proses Simpanan Tetapkan pemindahan wang secara automatik (standing instruction) dari akaun gaji ke akaun simpanan rumah anda setiap bulan. Memudahkan proses menyimpan dengan automatik, bantu anda konsisten dan kumpul dana lebih cepat tanpa perlu ingat setiap bulan. 6. Panduan Pilih Rumah Mampu Milik & Lokasi Strategik Miliki rumah pertama bukan untuk ‘sempurna’, tapi untuk ‘bermula’.  Dengan langkah awal ini, anda dapat masuk pasaran lebih awal dan nikmati peningkatan nilai hartanah di masa depan. a) Fleksibiliti Saiz & Jenis RumahMulakan di mana anda mampu. Studio atau unit kecil bukan kekurangan, tapi strategi bijak. Lebih rendah kos, lebih ringan komitmen, dan yang penting...  Anda dah pun melangkah masuk ke dunia pemilikan hartanah! b) Pertimbangkan Lokasi Pinggiran atau Pembangunan BaharuKadang-kadang, permata sebenar terletak sedikit jauh dari pusat.  Selagi ada kemudahan dan potensi pembangunan, kawasan ini boleh jadi titik permulaan yang pintar dan strategik. c) Kelebihan Rumah 'Subsale' (Pasaran Sekunder)Rumah terpakai selalunya lebih mampu milik berbanding unit baharu di kawasan yang sama.  Anda boleh nilai sendiri keadaan rumah dan suasana kejiranan sebelum buat keputusan. Siapa tahu, mungkin boleh runding harga yang lebih berbaloi? d) Jimat Kos Sara Hidup Maksimum Sementara WaktuTinggal Bersama Keluarga: Jika anda masih bujang dan mempunyai hubungan baik dengan keluarga, pertimbangkan untuk tinggal bersama mereka lebih lama. Jumlah penjimatan dari sewa, bil utiliti, dan makanan boleh menjadi sangat signifikan. Cari Teman Serumah (Roommate): Jika anda menyewa, berkongsi rumah dengan rakan boleh mengurangkan kos sewa dan bil bulanan dengan banyak. e) Kaji Semula Keperluan KenderaanMemiliki kereta bukan sekadar bayar ansuran—ada juga kos insurans, minyak, cukai jalan, dan penyelenggaraan yang perlu ditanggung. Jika anda masih boleh bergerak dengan selesa menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, pertimbangkan untuk menangguhkan pembelian kereta terlebih dahulu. Namun begitu, saya faham setiap orang mempunyai situasi yang berbeza.  Jadi, luangkan masa untuk fikirkan apa yang paling penting buat anda — beli rumah atau kereta dahulu. 7. Skim Bantuan Kerajaan Untuk Pembeli Rumah Pertama Kerajaan Malaysia sedar akan cabaran pemilikan rumah dan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu, terutamanya golongan muda dan pembeli rumah pertama.  Berikut adalah beberapa contoh skim utama dan manfaatnya: Skim Perumahan / Inisiatif Huraian Ringkas Manfaat Utama kepada Pembeli Rumah PertamaSkim Rumah Pertamaku (SRP) Membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada harga rumah (untuk rumah bawah RM500,000). Diuruskan oleh Cagamas. Tanpa bayaran pendahuluan, lebih mudah miliki rumah walaupun tiada simpanan besar. Pinjaman juga boleh mencecah 110% untuk menampung kos tambahan. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Membina dan menawarkan rumah berkualiti pada harga yang lebih rendah daripada pasaran di lokasi strategik. Rumah subsidi dengan harga lebih rendah hingga 20% daripada pasaran (bantu kurangkan beban hutang dan ansuran bulanan). Residensi Wilayah (dahulu RUMAWIP) Menyediakan rumah mampu milik (cth: RM300,000 ke bawah) khusus untuk mereka yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Unit rumah mampu milik di tengah bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Khas untuk warganegara yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan. BSN MyHome (Program Perumahan Belia) Skim pembiayaan perumahan oleh Bank Simpanan Nasional yang disasarkan kepada golongan belia. Margin pembiayaan hingga 100% dan bantuan bayaran ansuran tahun pertama — bantu belia urus aliran tunai semasa awal pemilikan rumah. i-Biaya (di bawah KPKT) Inisiatif pembiayaan perumahan yang merangkumi pelbagai skim untuk membantu pembeli rumah, termasuk bantuan pembiayaan. Tawaran pembiayaan yang lebih fleksibel dan disesuaikan mengikut keperluan pembeli dari pelbagai latar belakang dan tahap pendapatan. Skim Perumahan Mampu Milik Peringkat Negeri Banyak kerajaan negeri (contoh: Rumah Selangorku, Rumah Mampu Biaya Johor) mempunyai skim perumahan sendiri. Harga rumah lebih murah kerana disubsidi kerajaan negeri, dengan syarat yang disesuaikan mengikut keperluan rakyat di setiap negeri. Setelah mengetahui tentang pelbagai skim bantuan pembelian rumah, langkah seterusnya adalah memastikan anda benar-benar layak untuk memohon.  Setiap skim mempunyai kriteria yang berbeza — ada yang menetapkan had pendapatan tertentu, status pemilikan hartanah semasa, atau hanya terbuka kepada golongan bujang atau yang sudah berkahwin.  Untuk itu, anda disarankan menyemak laman web rasmi agensi atau institusi yang menguruskan skim tersebut bagi mendapatkan maklumat yang paling tepat dan terkini. Apabila sudah mengenal pasti skim yang sesuai, anda perlu memahami keseluruhan proses permohonannya.Pastikan anda tahu jenis dokumen yang diperlukan: seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji, penyata KWSP, dan sebagainya.  Sesetengah skim juga memerlukan anda mendaftar atau mengisi borang secara dalam talian lebih awal sebelum boleh menghantar permohonan rasmi.  Mengetahui proses ini dengan lebih awal bukan sahaja membantu anda lebih bersedia, malah mengelakkan sebarang kelewatan akibat kekurangan dokumen atau maklumat. 8. Kenapa Skor Kredit Penting Untuk Mohon Pinjaman RumahCCRIS dan CTOS ibarat ‘report card’ kewangan anda.  Kalau bersih dan cemerlang, anda lebih dipercayai bank dan itu beri anda laluan lebih mudah untuk miliki rumah impian. a) Memahami Laporan Kredit Anda: i. CCRIS (Central Credit Reference Information System) CCRIS dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi seperti “laporan penuh” pinjaman anda.  Ia merekodkan semua kemudahan kredit seperti kad kredit, pinjaman kereta, PTPTN, dan pinjaman peribadi termasuk sejarah pembayaran anda dalam tempoh 12 bulan terakhir. ii. CTOS/RAMCI/Credit Bureau Malaysia CTOS ialah agensi pelaporan kredit swasta yang mengumpul maklumat kewangan anda daripada pelbagai sumber seperti rekod saman, status kebankrapan dan penglibatan dalam syarikat.  Skor kredit yang dijana memberi gambaran sejauh mana anda dilihat berisiko oleh pihak pemberi pinjaman. Cara Membina & Mengekalkan Skor Kredit yang Baik: Bayar Semua Bil & Ansuran Tepat Pada Masanya: Ini adalah faktor paling penting. Walaupun satu bayaran lewat boleh menjejaskan rekod anda. Kekalkan Nisbah Penggunaan Kredit yang Rendah: Jangan gunakan had kredit anda secara maksimum, terutamanya pada kad kredit. Cuba kekalkan penggunaan di bawah 30-50% daripada had. Elakkan Memohon Terlalu Banyak Kredit Baru dalam Masa Singkat: Setiap permohonan akan menghasilkan "hard inquiry" yang boleh menurunkan skor anda sedikit. Jangan Tutup Akaun Kredit Lama yang Baik: Sejarah kredit yang panjang dengan rekod pembayaran yang baik adalah positif. Semak Laporan Kredit Anda Secara Berkala: Kenal pasti sebarang kesilapan atau maklumat yang tidak tepat dan ambil tindakan pembetulan. Anda berhak mendapatkan laporan CCRIS percuma dan boleh membeli laporan daripada agensi swasta. 9. Tips Disiplin & Ilmu Kewangan Untuk Beli Rumah Awal Perjalanan membeli rumah adalah satu maraton, bukan larian pecut. Ia memerlukan ketahanan mental dan komitmen jangka panjang. a) Kekalkan Disiplin & Konsistensi: Patuhi bajet dan pelan simpanan yang telah anda tetapkan. Akan ada godaan untuk "lari landasan" sekali-sekala. Ingatkan diri anda tentang matlamat besar – rumah idaman anda. b) Strategi Motivasi Diri: Visualisasikan Kejayaan: Bayangkan diri anda tinggal di rumah baharu anda. Ini boleh menjadi sumber inspirasi yang kuat. Raikan Pencapaian Kecil (Small Wins): Apabila anda mencapai sasaran simpanan tertentu (cth: setiap RM5,000 atau 25% daripada deposit), berikan diri anda ganjaran kecil yang tidak membebankan bajet. Kongsi Matlamat dengan Orang Tersayang: Sokongan daripada pasangan, keluarga, atau rakan karib boleh membantu anda kekal termotivasi. c) Pendidikan Kewangan & Hartanah Berterusan: i. Sumber Ilmu Nak pandai urus duit? Zaman sekarang, banyak ilmu kewangan ada di hujung jari. Ambil peluang sertai seminar percuma, baca buku pelaburan yang mudah difahami, dan follow pakar hartanah di YouTube, TikTok atau blog kewangan. Ilmu yang betul akan bantu anda buat keputusan bijak ii. Fahami Istilah & Proses Biasakan diri anda dengan istilah-istilah lazim dalam urusan hartanah dan proses pembelian dari awal hingga akhir.  Semakin banyak anda tahu, semakin yakin anda akan jadi. iii. Ketahui Semua Kos Tersembunyi Pastikan anda benar-benar faham semua kos yang terlibat dalam pembelian rumah, bukan sahaja deposit.  Ini termasuk kos guaman, duti setem, yuran penilaian, insurans, dan kos ubahsuai atau perabot jika perlu.  Pengetahuan ini mengelakkan kejutan yang tidak diingini. Petua Bonus: Semarakkan Semangat Dengan Kisah Kejayaan! Nak inspirasi sebenar? Baca kisah anak muda yang berjaya beli rumah pertama walaupun bergelut dengan gaji permulaan dan cabaran kewangan. Mereka bukan saja bagi semangat, tapi kongsi strategi praktikal yang mereka sendiri guna — dari cara menyimpan bijak, pilih lokasi rumah, dan banyak lagi. Ia bukti hidup bahawa dengan tekad, ilmu dan perancangan, impian rumah pertama bukan mustahil. Beli rumah sebelum umur 30? Ya, ia bukan mimpi — ia boleh jadi realiti. Dengan strategi yang betul, disiplin kewangan, dan semangat untuk belajar, anda dah pun berada di landasan yang tepat.  Memang akan ada pengorbanan, tapi hasilnya berbaloi: sebuah rumah milik anda sendiri! Setiap ringgit yang anda simpan, setiap peluang yang anda ambil, dan setiap langkah kecil yang anda buat hari ini, adalah pelaburan untuk hari esok yang lebih stabil. Jangan tunggu ‘masa sesuai’. Mulakan sekarang! Percayalah.. anda lebih mampu daripada yang anda sangka. Rumah impian itu sedang menunggu, dan tindakan anda hari ini akan menentukan kejayaan anda esok.Versi: ENSoalan Lazim (FAQ)1. Apa halangan paling besar Gen Z nak beli rumah sekarang? Gaya hidup, komitmen kewangan, dan kurang ilmu pengurusan wang sering jadi penghalang — tapi semuanya boleh diatasi dengan strategi yang betul.2. Saya bergaji rendah. Masih boleh beli rumah? Boleh! Fokus pada simpanan kecil tapi konsisten, cari rumah mampu milik, dan manfaatkan skim bantuan kerajaan.3. Adakah saya masih boleh beli rumah walaupun belum habis bayar PTPTN? Boleh! Yang penting, pastikan bayaran konsisten dan skor kredit anda kekal baik.4. Adakah skor kredit penting untuk beli rumah? Ya, skor kredit yang baik bantu anda dapatkan pinjaman rumah dengan lebih mudah dan kadar faedah lebih rendah.5. Wajib ke ada side income kalau nak beli rumah sebelum 30? Tak wajib, tapi sangat membantu! Pendapatan tambahan boleh mempercepatkan simpanan dan kurangkan tekanan kewangan.6. Mana lebih baik: beli rumah atau kereta dulu? Jika nak bina aset dan kestabilan jangka panjang, beli rumah dulu lebih bijak. Tapi ikut juga keperluan semasa anda. Nak tahu lebih? Boleh baca artikel khas kami tentang, beli rumah atau kereta dulu.7. Ada skim khas untuk pembeli rumah pertama? Ya, seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP), PR1MA, dan beberapa skim negeri yang boleh anda mohon bergantung pada kelayakan.Rancang beli rumah sebelum umur 30? Jangan lakukannya bersendirian. Dapatkan panduan dan sokongan terus dari pakar hartanah IQI Global hari ini.[custom_blog_form_recruit]Baca Selanjutnya:8 Tips Penting Sebelum Membeli Rumah Kediaman DiriPembeli Rumah Pertama? 10 Soalan Anda Telah Di Jawab!10 Pemaju Hartanah Yang Paling Dipercayai di Malaysia 2025

Continue Reading

Explore IQI Blog

Dapatkan maklumat terkini tentang projek baru

Langgan emel kami untuk mendapat maklumat terkini tentang berita hartanah, trend dan tarikh pelancaran projek

Juwai.com, Juwai.asia, IQI, and Juwai IQI are trademarks of Juwai IQI group. All rights are reserved.

© IQI Global 2025

Privasi anda sangat penting!

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman melayari anda, memaparkan kandungan yang diperibadikan dan menganalisis trafik kami. Dengan mengklik “Terima semua Kuki”, anda bersetuju dengan penyimpanan kuki pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Dasar Kuki kami.